Ucapan Tahniah dan Selamat........

Posted by rumahno5 | 10:45 PM | 0 comments »




Pertama sekali, tahniah diucapkan kepada En. Syafiq yang baru sahaja memulakan kerjaya barunya sebagai pegawai sains di hospital Mersing (agak dekat dengan Kluang....hmmm). Semoga dapat menempuhi liku-liku yang mendatang dengan jayanya..


Tidak lupa juga Tahniah kepada salah seorang warga rumahno5 iaitu Mr. Gashi. Beliau telah mendapat 'baby' baru iaitu Persona JLS 5991 (betul la ni kot...). Semoga 'baby' baru ini dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya demi masa depan... Dengar kata nak kahwin x lama lagi... Betul ker????

Kiranya masih belum terlambat untuk hamba selaku wakil rumahno5 untuk mengucapkan Selamat Hari Jadi Yang ke-24 kepada Asrul (6 Ogos 2009) dan Mel (10 Ogos 2009) yang lepas... Tak sangka pulak hari jadi korang agak dekat antara satu sama lain... Semoga Asrul dapat menyiapkan diri secukupnya bagi menghadapi saat-saat getir ke jinjang pelamin pada pertengahan tahun depan. Kepada Mel pula, semoga cepat dapat mendirikan masjid.




Pelik tetapi benar. Selamat Hari Jadi juga untuk Fathi yang bakal menjadi tua (24 Tahun) pada 26 Ogos ini. Mungkin orang Perak ni suka lahir bulan Ogos kot.... Semoga Pati bahagia bersama-sama kakaknya itu... Cepat habis studi, cepat kumpul duit, cepat-cepatlah mendirikan masjid yer En. Pati....

Anyway, Ramadhan yang bakal menjelma diharap lebih memberi makna pada kita semua..
Semoga kita semua dapat menjalani ibadah puasa serta melakukan ibadah-ibadah sunat seperti solat terawih dengan gigih.
InsyaAllah...

0 comments