BERITA TERKINI

Posted by rumahno5 | 12:25 AM | 0 comments »

BULETIN RUMAH NO5


  • Rumah No5 merupakan adaptasi daripada Rumah18.
  • Laman web terkini iaitu http://rumahno5.blogspot.com/ secara rasminya akan menggantikan laman web terdahulu iaitu http://rumah18.blogspot.com/ .
  • Namun begitu, http://rumah18.blogspot.com/ akan tetap menjadi arkib dan sejarah untuk masa depan.
  • Diharapkan laman blog ini akan menjadi wadah terbaik untuk mengeratkan hubungan sesama warga rumah no5 serta rakan2 yang lain termasuklah alumni rumah18 dan alumni rumah no5.
  • Berita terbaru adalah Syafiq telah pun meninggalkan rumah no5 demi masa depannya yang lebih gemilang di Mersing. Terdapat sumber yang tidak boleh dipercayai menyatakan Syafiq akan menamatkan zaman bujangnya menjelang penghujung tahun 2011.hehe.
  • Dengan ini, warga rumah no5 terdiri daripada 8 orang iaitu Pati, Asrul, Mel, Mahzan, Gashi, Amat, Emi dan Nalza(bukan nama sebenar). Sesungguhnya setiap orang memainkan peranan yang penting demi menjana keharmonian bersama. Sedangkan lidah boleh digigit, inikan pula ayam goreng.
  • Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, diharap seluruh warga rumah no5 dan juga rakan2 yang lain akan dapat bersama-sama menjalani ibadah puasa dengan baik dan sempurna. Semoga dapat menunaikan solat terawih di masjid dengan gigih dan bersemangat waja. Dilarang ponteng puasa sama sekali, kecuali mendapat izin daripada ibu bapa masing-masing... Harap maklum.
  • Jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan, sila hubungi balai polis berhampiran..... Sekian, terima kasih.


“Selangkah... demi selangkah... setahun sudah pun berlalu....


"SePaKaT MeMBaWa BeRKaT "



0 comments